Rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda yang bersemangat dan menginginkan perubahan besar dalam politik negara kita, ayuhlah kita berganding bahu untuk membawa perubahan tersebut. Parti Bersama membawa semangat, dasar-dasar, serta idea politik yang mampu mengubah negara kita menjadi lebih maju di persada dunia. Perubahan berskala besar atau perubahan sistematik amat diperlukan sekarang supaya Malaysia menjadi lebih sihat dan maju dalam aspek sosial, ekonomi, politik, agama, dan bangsa. Malaysia dibina atas nilai kepercayaan antara kaum dan rakyatnya adalah teras pembinaannya. Negara memerlukan pemimpin berwajah baru, segar, dan bersemangat tanpa rasa takut dan risau, dan BERSAMA akan menjadi wadah anda.
Pimpinan Parti Bersama
Memperkenalkan Wakil-wakil Terpilih Kami
Presiden
Danial Bin Marnokaran Abdullah merupakan seorang usahawan muda yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang teknologi dan hubungan awam. Beliau telah aktif dalam politik negara sejak tahun 2008 di belakang tabir sebelum dipilih menjadi pemimpin utama Parti Bersatu Sasa Malaysia.
Timbalan Presiden 1
Muhammad Fauzi Hassiim merupakan bekas Ketua Pemuda Amanah Selangor dan calon bebas di kawasan Bangi semasa Pilihan Raya Umum ke-15. Fauzi adalah seorang pemimpin politik yang tenang dan berpengalaman. Beliau telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memperjuangkan hak-hak rakyat di kawasannya.
Latar Belakang
Parti Bersatu Sasa Malaysia ( BERSAMA) adalah sebuah parti politik kebangsaan yang berkomitmen untuk membawa perubahan positif berskala besar dan berkesan dalam landskap politik negara. Nama ‘Sasa‘ dalam Parti Bersatu Sasa Malaysia membawa maksud “Semangat, Aspirasi, Solidariti, dan Aksi”.
Ini mencerminkan tekad dan aspirasi kami untuk memperjuangkan keadilan, kesaksamaan, perpaduan, perubahan politik, dan sistem negara ini yang akan membawa Malaysia maju ke hadapan dalam semua aspek seperti teknologi, keselamatan, ekonomi, pentadbiran, pembinaan, dan pendidikan.
Parti Bersatu Sasa Malaysia berdiri teguh atas nilai-nilai integriti, kepercayaan antara kaum, dan perpaduan nasional.
Misi kami adalah untuk memperkasakan setiap rakyat Malaysia, khususnya golongan muda, untuk terlibat aktif dalam proses politik dan bersama-sama membentuk masa depan yang lebih cerah bagi negara kita melalui penglibatan wajah-wajah baru sebagai pemimpin masa hadapan. Parti Bersama memberikan keyakinan kepada golongan remaja dan muda untuk berani menceburi politik negara.
Kami percaya bahawa dengan kerjasama dan usaha bersama, kita mampu mencipta sebuah Malaysia yang lebih baik, adil, sejahtera, dan melahirkan wajah-wajah baru untuk memimpin negara kita sekaligus memberikan nafas baru kepada Malaysia.
Anda semua adalah sebahagian daripada sejarah perubahan. Marilah kita berganding bahu untuk mencapai visi dan misi kita, demi masa depan yang lebih gemilang untuk semua. Langkah untuk perubahan telah bermula, ini adalah masa untuk anda mengambil tindakan bersemangat dan BERANI!